28 January 2016

Tesco dan McDonald's telah dibuka

Untuk pengetahuan para pengunjung, Tesco Extra dan McDonald's telah dibuka berdekatan dengan homestay kami. 

Tidak perlu risau jika mahu membeli makanan/barang dapur. Tesco berada berdekatan dengan anda.  Lebih kurang 5-10 minit pemanduan. Bersebelahan dengan Tesco tersebut terdapat McDonald's. Ada McCafe dan Drive Thru. 



Jika anda berkunjung ke JB, jangan lupa booking homestay kami. Homestay kami menawarkan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan tempat-tempat menarik di JB. Jika anda ingin melihat foto-foto menarik mengenai homestay kami, sila layari https://www.facebook.com/seyfforajb


Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di:
  • Pn. Saripah - 016-7456152
  • Cik Farizah - 013-7194541

19 September 2015

Harga RM200 bermula pada Oktober 2015

Bermula pada bulan Oktober 2015, harga homestay kami telah kembali ke harga asal iaitu RM200/malam. 


Terima kasih kepada para pengunjung homestay kami selama ini. Kami juga ada menerima 'repeated customer' kerana berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah kami sediakan. Kepada mereka yang ingin bercuti di Johor Bahru, jangan lupa booking homestay kami lebih awal (dengan bayaran RM100 sahaja) supaya tidak mengalami masalah penginapan semasa bercuti bersama keluarga. 

Selamat Datang Ke Johor Bahru!!!!

5 January 2015

Tawaran RM180/malam dilanjutkan

Berita baik kepada pengunjung homestay di daerah Johor Bahru.

Selamat Tahun Baru 2015 kami ucapkan kepada semua. Cuti sekolah pun hampir tamat. Kami bercadang untuk melanjutkan tawaran penginapan Seyffora JB Homestay iaitu hanya RM180/malam.  Harga ini amat berbaloi bagi penginapan di homestay kami kerana:

  • Rumah 2 tingkat (gated & guarded)
  • 3 bilik dan 3 bilik air (2 bilik aircond)
  • Kemudahan memasak
  • Berdekatan dengan banyak lokasi popular di sekitar JB (Sila refer entry "Tempat menarik untuk dilawati di Johor Bahru")

 Kami juga telah memasang Njoi bagi menambahkan keselesaan pengunjung di homestay ini. Jika anda berkunjung ke JB dan memerlukan penginapan di homestay, silalah hubungi kami:-
  1. Pn. Saripah - 016-7456152
  2. Cik Farizah - 013-7194541

25 November 2014

Promosi Cuti Sekolah RM180/malam

Sebagai penghargaan kepada pelanggan homestay kami, sempena cuti sekolah ini kami memberi tawaran hebat kepada anda. Bermula dari 1 Disember 2014 - 31 Disember 2014, kadar homestay kami adalah RM180/malam. Jika anda berkunjung ke Johor Bahru dan memerlukan homestay dengan harga yang berpatutan, silalah hubungi kami seperti di bawah:


  • Pn. Saripah - 016-7456152
  • Cik Farizah - 013-7194541




Homestay ini menyediakan:



- 3 bilik tidur dan 3 bilik air (2 bilik berhawa dingin, extra bantal dan tilam disediakan)

- Dapur serta peralatan memasak (kuali, pinggan mangkuk, cawan)

- Seterika, blender,  rice-cooker, electric jug, peti sejuk

- Sofa dan TV

- Meja makan

- Ruang parkir untuk 2 kereta



Kemudahan lain:



- 'Gated and guarded'

- Kedai runcit dan restoran yang berhampiran

- Stesen minyak (Petronas)

- Masjid

- Kedai dobi

22 October 2014

Tempat menarik untuk dilawati di Johor Bahru

Untuk pengetahuan semua, Seyffora JB Homestay terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru. Kali ini kami ingin berkongsi beberapa tempat menarik di sekitar JB. Sekiranya anda menginap di homestay kami boleh lah anda melawat tempat-tempat berikut:

1. Legoland Malaysia - Rugi jika anda tidak berkunjung ke sini bila telah sampai ke JB. Legoland Malaysia terletak di Nusajaya. Macam-macam permainan menarik ada disini sama ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Ada team park, water park, miniland dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.com.my/

Jarak dari homestay ke legoland - 17.3 km / ~20 minit




2. Puteri Harbour, Hello Kitty dan Kota Iskandar (pusat pentadbiran negeri) - Ketiga-tiga tempat ini adalah berdekatan antara satu sama lain yang juga terletak di Nusajaya. Ada akan melihat banyak kapal layar mewah yang berlabuh di Puteri Harbour. Di Hello Kitty Town terdapat restoran Lat yang dihiasi dengan lukisan dan patung berdasarkan komik Lat (semestinya ia amat comel dan menarik!!)

tempat-menarik-Johor Bahru-<b>Hello-Kitty-Nusajaya</b>
Hello Kitty Town
Puteri Harbour
Kota Iskandar


3. JB Bazar - Di kalangan orang Johor JB Bazar dikenali sebagai Bazar Karat. Bazar ini dibuka pada waktu malam sehingga ke awal pagi. Terdapat pelbagai barangan menarik dijual di sini seperti pakaian, makanan dan minuman, koleksi barangan lama, aksesori telefon bimbit yang dijual dengan harga yang murah.

Jarak dari homestay ke JB Bazar - 18.8 km / ~20 minit




4. Zoo Johor - Zoo Johor adalah antara yang tertua di Malaysia dan  dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih daripada 100 spesis haiwan di sini. Berdekatan Zoo Johor terdapat Masjid Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1892 sehingga 1900. Masjid ini sangat cantik dibina di atas bukit dan berhadapan dengan selat tebrau. Muzium Sultan Abu Bakar juga terletak berdekatan dengan Zoo Johor.

Jarak dari homestay ke Zoo Johor - 17.8 km / ~20 minit

Zoo Johor

 

Antara aktiviti yang terdapat di Zoo Johor

Masjid Sultan Abu Bakar


5. Pusat membeli-belah

a) Johor Premium Outlet (JPO) - Terletak di daerah Kulaijaya namun ia berdekatan dengan homestay kami. Amat mudah untuk anda ke JPO dari homestay kami kerana terdapat highway ke sana dan boleh melalui lebuhraya PLUS. Terdapat pelbagai jenama terkenal ada di sini dan harganya pula lebih murah jika dibandingkan di KL dan Singapura. Anda boleh layari http://premiumoutlets.com.my/ untuk maklumat lanjut.

 Jarak dari homestay ke JPO  - 19 km/ ~20 minit



b) Aeon Bukit Indah - salah satu cawangan Aeon yang terdekat di homestay kami adalah di Bukit Indah. Aeon ini mempunyai panggung wayang dan pelbagai restoran yang menarik seperti A&W, Pizza Hut, Nando's, Johnny's, Vivo, Big Apple dan lain-lain.

 Jarak dari homestay ke Aeon Bukit Indah  - 8.7 km/ ~15 minit




c) Plaza Angsana - Tempat ini amat digemari oleh pengunjung yang beragama Islam. Ini kerana pelbagai jenis baju muslimah, tudung dan telekong ada dijual di sini. Selain itu, di sini terdapat butik pengantin dan ada juga menjual perhiasan perkahwinan.

 Jarak dari homestay ke Plaza Angsana  - 9.7 km / ~12 minit



d) Sutera Mall - Pusat membeli-belah yang terdekat dari homestay kami adalah Sutera Mall yang terletak di Taman Sutera. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di sini. Sila layari www.suteramall.com untuk maklumat lanjut.

 Jarak dari homestay ke Sutera Mall  - 6.7 km / ~10 minit




Ini adalah sedikit sebanyak tempat yang anda boleh lawati di JB. Jika anda memerlukan homestay di Taman Mutiara Rini dan juga kawasan sekitarnya seperti Taman Universiti, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Sutera Utama, Taman Bukit Indah dan Taman Perling, silalah hubungi kami seperti yang tertera di bawah: 

  1. Pn. Saripah - 016-7456152
  2. Cik Farizah - 013-7194541
  3. Cik Fash - 019-2056553

 

7 September 2014

Penambahan air-cond

Berita terkini...

Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan pada Seyffora JB Homestay. Kepada semua pengunjung homestay di JB, kami telah menambah air-cond di bilik homestay kami. Oleh itu, rate terbaru kami adalah RM 200/malam. 

Cuti sekolah akan bermula.  Jika memerlukan homestay di sekitar JB, silalah hubungi kami seperti yang tertera:


  • Pn. Saripah - 016-7456152
  • Cik Farizah - 013-7194541
  • Cik Fash - 019-2056553

15 August 2014

Updated Info on Seyffora JB Homestay



Assalamualaikum & Salam sejahtera....

Alhamdulillah, terima kasih banyak2 kepada semua pengunjung yang telah menginap di homestay kami ini. Harap anda semua berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Kepada sesiapa yang berminat, untuk menginap di homestay kami, silalah hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Terdapat beberapa perubahan yang telah kami lakukan untuk keselesaan pengunjung yang menginap di homestay ini dengan harga yang berpatutan.

Ruang Tamu

Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur

Dapur

 

Homestay ini menyediakan:

  • 3 bilik tidur dan 3 bilik air (katil 'queen size' di setiap bilik)
  • Dapur serta peralatan memasak (kuali, pinggan mangkuk, cawan)
  • Seterika, blender,  rice-cooker, electric jug, peti sejuk
  • Sofa dan TV
  • Meja makan 
  • Ruang parkir untuk 2 kereta 


Kemudahan lain:


  • 'Gated and guarded' 
  • Kedai runcit dan restoran yang berhampiran
  • Stesen minyak (Petronas)
  • Masjid
  • Kedai dobi


Harga: 

  • 1 Malam - RM 150 - RM 200


- Check in - 2 petang
- Check out - 12 tengahari

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 

  • Pn. Saripah - 016-7456152
  • Cik Farizah - 013-7194541
  • Cik Fash - 019-2056553

 Sila layari https://www.facebook.com/seyfforajb

Lokasi: Rini Hills, Taman Mutiara Rini, Skudai Johor