Untuk pengetahuan semua, Seyffora JB Homestay terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru. Kali ini kami ingin berkongsi beberapa tempat menarik di sekitar JB. Sekiranya anda menginap di homestay kami boleh lah anda melawat tempat-tempat berikut:
1. Legoland Malaysia - Rugi jika anda tidak berkunjung ke sini bila telah sampai ke JB. Legoland Malaysia terletak di Nusajaya. Macam-macam permainan menarik ada disini sama ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Ada team park, water park, miniland dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.com.my/
Jarak dari homestay ke legoland - 17.3 km / ~20 minit
2. Puteri Harbour, Hello Kitty dan Kota Iskandar (pusat pentadbiran negeri) - Ketiga-tiga tempat ini adalah berdekatan antara satu sama lain yang juga terletak di Nusajaya. Ada akan melihat banyak kapal layar mewah yang berlabuh di Puteri Harbour. Di Hello Kitty Town terdapat restoran Lat yang dihiasi dengan lukisan dan patung berdasarkan komik Lat (semestinya ia amat comel dan menarik!!)
Hello Kitty Town |
Puteri Harbour |
Kota Iskandar |
3. JB Bazar - Di kalangan orang Johor JB Bazar dikenali sebagai Bazar Karat. Bazar ini dibuka pada waktu malam sehingga ke awal pagi. Terdapat pelbagai barangan menarik dijual di sini seperti pakaian, makanan dan minuman, koleksi barangan lama, aksesori telefon bimbit yang dijual dengan harga yang murah.
Jarak dari homestay ke JB Bazar - 18.8 km / ~20 minit
4. Zoo Johor - Zoo Johor adalah antara yang tertua di Malaysia dan dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih daripada 100 spesis haiwan di sini. Berdekatan Zoo Johor terdapat Masjid Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1892 sehingga 1900. Masjid ini sangat cantik dibina di atas bukit dan berhadapan dengan selat tebrau. Muzium Sultan Abu Bakar juga terletak berdekatan dengan Zoo Johor.
Jarak dari homestay ke Zoo Johor - 17.8 km / ~20 minit
Zoo Johor |
Antara aktiviti yang terdapat di Zoo Johor |
Masjid Sultan Abu Bakar |
5. Pusat membeli-belah
a) Johor Premium Outlet (JPO) - Terletak di daerah Kulaijaya namun ia berdekatan dengan homestay kami. Amat mudah untuk anda ke JPO dari homestay kami kerana terdapat highway ke sana dan boleh melalui lebuhraya PLUS. Terdapat pelbagai jenama terkenal ada di sini dan harganya pula lebih murah jika dibandingkan di KL dan Singapura. Anda boleh layari http://premiumoutlets.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Jarak dari homestay ke JPO - 19 km/ ~20 minit
b) Aeon Bukit Indah - salah satu cawangan Aeon yang terdekat di homestay kami adalah di Bukit Indah. Aeon ini mempunyai panggung wayang dan pelbagai restoran yang menarik seperti A&W, Pizza Hut, Nando's, Johnny's, Vivo, Big Apple dan lain-lain.
Jarak dari homestay ke Aeon Bukit Indah - 8.7 km/ ~15 minit
c) Plaza Angsana - Tempat ini amat digemari oleh pengunjung yang beragama Islam. Ini kerana pelbagai jenis baju muslimah, tudung dan telekong ada dijual di sini. Selain itu, di sini terdapat butik pengantin dan ada juga menjual perhiasan perkahwinan.
Jarak dari homestay ke Plaza Angsana - 9.7 km / ~12 minit
d) Sutera Mall - Pusat membeli-belah yang terdekat dari homestay kami adalah Sutera Mall yang terletak di Taman Sutera. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di sini. Sila layari www.suteramall.com untuk maklumat lanjut.
Jarak dari homestay ke Sutera Mall - 6.7 km / ~10 minit
Ini adalah sedikit sebanyak tempat yang anda boleh lawati di JB. Jika anda memerlukan homestay di Taman Mutiara Rini dan juga kawasan sekitarnya seperti Taman Universiti, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Sutera Utama, Taman Bukit Indah dan Taman Perling, silalah hubungi kami seperti yang tertera di bawah:
- Pn. Saripah - 016-7456152
- Cik Farizah - 013-7194541
- Cik Fash - 019-2056553
No comments:
Post a Comment